|
WHO IS ME
THE STORY |
Diari hati episod 2 Tuesday, 9 January 2018 | 0 Chat(s) Bismillahirahmanirahim.. alhamdulillah selepas 3 tahun aku kembali dapat ilham untuk menulis. maklumlah dah masuk tingkatan 4 ni busy sikit.. nak spm kan.. so sebenarnya aku dah ingat-ingat lupa jalan cerita ni.. ahhaha.. tapi alhamdulillah masih ingat.. aku harap korang sudi la baca ya?Episod 2: Febuari 2007 Aku yang tadinya tunduk cuba nak sorok muka hodoh aku time nangis terus menoleh. Jiha yang tercungap-cungap buat aku nervous. "apahal kau jerit-jerit nama aku?" aku nyahut sambil tersedu-sedu. huh. buruk sungguh. Jiha terus duduk sebelah aku. dia ambil nafas kejap. kemudian dia hembus. "Kau tahu tak tadi masa aku lalu kelas 5A, Shah tengah bagi coklat dekat akak kau! Riuh satu kelas!" Air mata aku yang tadinya macam nak kering kini laju pula berlinang. Tak sangka patah hati sakitnya macam ni. Memang tak dapat lagi aku tahan, segala jenis cecair keluar dari badan aku. Jangankan air mata.. Hingus aku pun bukan main banyak keluar. Kawan-kawan aku memang tak tahu apa dah nak buat. Diorang usap je belakang aku. "Dahlah tu weh.. Ala Shah tu bukannya hensem sangat pun. Ramai lagi kau boleh pilih." Dayah pujuk aku. Tapi aku makin kuat nangis. Sampailah Cikgu Musa sampai. Aku dengan berhingusnya bangun ucap selamat. Sepanjang kelas memang aku tak boleh fokus langsung. Yang aku fikirkan ialah.. Kalau Shah suka akak aku.. Akak aku suka Shah tak? --- Mac 2015 Suasana dewan yang serba putih dengan hiasan bunga-bungaan membuat Harlina tersenyum. Kelihatan seorang lelaki sibuk mengarah pekerja-pekerjanya untuk menghias pelamin yang terletak gah di atas pentas. Harlina senyum lagi apabila dia melihat meja makan beradab yang telah pun siap di hujung tepi dewan. 'Hmm.. Cantik." Bisik hati Harlina. Dari wajahnya dia kelihatan sungguh berpuas hati. Sedang dia jalan-jalan di dalam dewan itu memantau segala isi ruang dewan itu, Harlina dikejutkan dengan sapaan seseorang dari belakang. Terlompat Harlina dibuatnya. Harlina menoleh, dan lantas ketawa kuat. "Dayah!!" Gadis bertudung coklat itu memuncungkan bibirnya dan kemudian ketawa. "It took you 3 seconds to say my name. Kenapa? Dah lupa aku ke?" Harlina ketawa lagi. Dia berfikir bahawa sahabat baiknya itu langsung tidak jauh berubah dari zaman sekolahnya dahulu. Perangainya, senyumnya. Yang berubah hanyalah saiz tubuhnya. Makin kurus!\ "No! Terkejut je. Tak sangka kau datang." Harlina balas sambil pegang erat tangan sahabatnya itu. "Of course la aku datang. Dah berapa lama kita tak jumpa ni? Nak dekat 10 tahun kan!" Dayah dengan mulut kepohnya berbicara. Harlina terharu. Sahabat yang sentiasa ada dengannya saat susah dan senang di sekolah dahulu. Sudah berapa lama mereka tidak berhubung. Akhirnya dia ada depan mata. -- Bunyi kompang dari luar dewan menandakan kedatangan pengantin lelaki. Suasana di dalam dewan juga riuh dan meriah dengan para jemputan menikmati makanan yang disediakan. Anak-anak muda pula asyik berselfie di ruangan photobooth. Bunyi kompang berhenti dan kini acara bersanding pula menjadi tumpuan. Semua yang hadir tidak melepaskan peluang mengambil gambar bersama pengantin yang segak dan cantik itu. Tidak kurang juga kerana pelamin yang serba mewah. |
Post a Comment